Pages

Sunday, 16 February 2014

Menjelang Pertemuan Arsenal menentang Borussia Dortmund.

Arsenal akan berusaha bersungguh-sungguh demi mempertahankan rekod apabila menentang Borussia Dortmund yang dijadualkan awal pagi rabu nanti.

Pemain tengah, Theo Walcott mungkin tidak dapat diturunkan dan sekaligus mungkin akan menjejaskan rentak perlawanan The Gunners. Walcott akan direhatkan selama beberapa minggu selepas menjalani pembedahan di bahagian abdomennya.

Walaubagaimanapun The Gunners masih lagi boleh meletakkan harapan yang tinggi kepada tonggak antarabangsa Jerman iaitu Mesut Ozil. Arsene Wenger juga tersenyum apabila dikhabarkan bahawa pemainnya Santi Cazorla telah pulih dari kecederaan dan dijangka akan cergas sepenuhnya menjelang pertemuan dengan Borussia Dortmund.

Thursday, 3 October 2013

Pemain Chelsea Juan Mata diminati Oleh Paris St-Germain.

Le 10 Sport, memberitahu bahawa Paris St-Germain berminat untuk mendapatkan pemain Chelsea Juan Mata pada Januari akan datang.

Paris St -Germain telah menunjukkan minatnya untuk membeli Juan Mata sejak perpindahan pemain pada musim panas yang lepas.

Semenjak pengambil alihan Jose Mourinho di Chelsea, Juan Mata telah jarang sekali di turunkan dan ini membolehkan Paris St-Germain semakin berminat untuk mendapatkan beliau.

Monday, 9 September 2013

Marseille Berminat Meminjam Romelu Lukaku Dari Chelsea.

Marseille mendedahkan mereka berminat untuk mendapatkan bintang Chelsea, Romelu Lukaku secara pinjaman di hari terakhir jendela perpindahan.
 
Pemain Belgium itu menjadi pemain yang direbut antara Everton dan West Brom sebelum jendela perpindahan ditutup sebelum akhirnya menyertai the Toffees secara pinjaman semusim dengan kelab Ligue 1 turut berminat sebelum mereka memastikan pembelian pemain sasaran utamanya, Florian Thauvin dari Lille.
 
Pengarah sukan Marseille, Jose Anigo memberitahu: "Kami telah pun memiliki penyerang yang bagus dengan [Andre-Pierre] Gignac tapi kemungkinan memiliki dua penyerang.
 
"Apapun, pilihan No.1 ialah untuk mengambil Thauvin jadi kami kekal dengannya."
 
Lukaku menjaringkan 17 gol di 35 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk West Brom di musim 2012-13 dan pengurus Chelsea, Jose Mourinho telah membayangkan untuk mengekalkannya di Stamford Bridge namun penrekrutan Samuel Eto'o secara perpindahan percuma telah menyaksikan peluangnya semakin terhad.
 
 
SUMBER ---- http://www.wiselonline.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...