KUALA LUMPUR 9 Sept. - Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan
akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi kedua
di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam ini.
Skuad Harimau Muda A meraih enam mata daripada dua perlawanan selepas
mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura pada perlawanan pertama
kelmarin.
Sementara itu, Thailand yang mengumpul empat mata hasil kemenangan ke
atas Singapura dan seri 1-1 dengan Myanmar kelmarin, berpeluang cerah
untuk bertemu tuan rumah di pentas final.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
0 comments:
Post a Comment