PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge diketepikan daripada
skuad England pada aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Ukraine kerana
mengalami kecederaan di bahagian paha.
Sturridge juga direhatkan Jumaat lalu ketika skuad kebangsaan itu menang 4-0 ke atas Maldova.
Selain Sturridge, skuad Roy Hodgson itu agak goyang apabila Danny
Welbeck digantung perlawanan, manakala Wayne Rooney dan Andy Carroll
turut mengalami kecederaan.
Dengan itu, penyerang Southampton Rickie Lambert bakal mengetuai
skuad selepas mempamerkan prestasi terbaik dengan melakukan dua kali
jaringan termasuk membantu memenangi perlawanan persahabatan bertemu
Scotland 3-2 bulan lalu.
Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA): "Pihak FA
mengesahkan Daniel Sturridge tidak akan bersama England menjelang
perlawanan Kelayakan Piala Dunia dengan Ukraine Selasa ini.
"Pegawai perubatan England telah berhubung dengan kelab Liverpool
sejak dia kembali ke sana Khamis lalu, yang mana kecederaannya masih
belum pulih dan jelas sekali dia tidak cergas untuk perlawanan di Kiev
nanti.
"Tiada perubahan yang dibuat oleh skuad Roy Hodgson dalam senarai 23 pemain yang akan berkunjung ke Ukraine awal pagi Ahad."
England kini menguasai kedudukan Kumpulan H mencatat perbezaan gol dengan pasukan
Montenegro dan kini mengumpul 15 mata.
Bersama England dalam Kumpulan H - Montenegro,Ukraine, Moldova, Poland dan San Marino.
SUMBER ---- http://www.mstar.com.my/
0 comments:
Post a Comment