Thursday, 5 September 2013
Mourinho tetap mahukan Rooney
Pengurus Chelsea Jose Mourinho dilaporkan sudah bersedia untuk meningkatkan usaha mereka bagi mengejar Wayne Rooney pada minggu depan.
Beliau turut berpendapat Manchester United harus menjual penyerang itu kepada pesaing domestik dan beliau berkata jika sebaliknya berlaku ia boleh merosakkan Liga Perdana.
Chelsea sebelum ini sudah membuat dua bidaan untuk penyerang itu dan mereka juga dikhabarkan akan membuat bidaan ketiga apabila kelab tersebut berkunjung ke Old Trafford nanti.
"Saya rasa ia perkara biasa kerana kita mahukan lebih kualiti dalam keseluruhan struktur. Secara jelas, posisi penyerang adalah posisi dimana kita cuba mahu perbaiki.
"Sekiranya kita mambuat tawaran dan mereka menolak sekali lagi, apa yang kita boleh buat?"
"Dua jawapan yang kita terima daripada Manchester United adalah 'kita tidak menerima tawaran dan kita tidak berminat untuk menjual pemain'. Ia adalah hubungan rasmi yang kita miliki.
"Tiada apa yang kita perlu tambah dan kita mahu menghormati mereka dan bola sepak." kata Mourinho.
SUMBER --- http://www.stadiumastro.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment