KUALA LUMPUR: Skuad harimau malaya bakal berdepan
tugasan sukar dalam kunjungan ke Tanjin, China untuk aksi persahabatan
antarabangsa Kelas A, 10 September ini.
Selain menentang lawan
yang lebih kuat, skuad negara juga sedikit tempang ekoran ketiadaan
beberapa tonggak utama yang terikat dengan misi lain.
Pemain-pemain terbabit kebanyakannya pemain di posisi pertahanan seperti Fadhli Shas, Junior Edlstal, Zubir Azmi dan K. Reuben.
Mereka mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A yang akan membawa
cabaran negara dalam saingan Pesta Bola Merdeka dari 7 hingga 14
September ini.
Rajagobal ditemui pada sesi latihan hari pertama skuad senior kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad.
Dua daripada 24 pemain yang dipilih tidak menyertai latihan kali ini
iaitu Faizal Muhamad dan Hasmizan Kamarodin dari pasukan Terengganu.
Tempat kedua-dua pemain itu digantikan pemain pertahanan Kelantan Farisham Ismail dan Hairul Mokhtar dari pasukan Sarawak.
Perlawanan dengan China amat penting buat skuad negara memperbaiki
kedudukan ranking dunia selain persediaan bertemu Bahrain bagi kelayakan
Piala Asia, bulan depan.
SUMBER ---- http://www.astroawani.com/
0 comments:
Post a Comment