SPA FRANCORCHAMPS, Belgium 25 Ogos - Juara dunia tiga kali, Sebastian
Vettel mengukuhkan cengkaman untuk mengejar kejuaraan dunia keempat
selepas muncul juara Grand Prix Belgium, yang juga kemenangan kelimanya
musim ini.
Pemandu Red Bull berusia 26 tahun itu tidak berdepan masalah besar
apabila meninggalkan pemandu Ferrari, Fernando Alonso dengan kelebihan
16.869 saat di hadapan sementara Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes
berada di tempat ketiga.
Kemenangan itu membantu Vettel memungut 197 mata secara keseluruhan,
jauh meninggalkan Alonso di tangga kedua dengan 151 mata dan Hamilton
meraih 139 mata sementara bagi kategori pengeluar, Red Bull juga unggul
di hadapan dengan 312 mata.
Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg berada di tempat keempat
diikuti seorang lagi pemandu Red Bull, Mark Webber yang berada di tangga
kelima dan pemandu McLaren, Jenson Button, di tempat keenam.
Sementara itu, pelumba Lotus, Kimi Raikkonen buat pertama kali gagal
menamatkan perlumbaan semenjak kembali ke kancah Formula Satu apabila
terpaksa menghentikan perlumbaan pada pusingan ke-39 ekoran masalah
brek.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
0 comments:
Post a Comment