Pages

Thursday, 22 August 2013

UiTM ungguli sepak takraw MASUM.

GOMBAK –  Penyandang juara pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka dua musim lepas apabila mengungguli perlawanan akhir acara sepak takraw berpasukan Karnival Sukan Antara Universiti (MASUM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, semalam.

Membariskan pemain berpengalaman termasuk dua pemain pelapis skuad kebangsaan, UiTM tidak berdepan dengan masalah meraih kemenangan mudah 2-0 ke atas pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada perlawanan akhir.

Regu pertama UiTM Abdul Halim Razali, Muhamad Najib Abd Rahman, Muhammad Zamri Zakari memerlukan 26 minit untuk mengatasi regu UPSI yang membariskan Muhamad Hafiq Ab Aziz, Ahmad Asli, Mohd Yusop Mohammad dengan kemenangan 15-12 dan 15-7.

Sementara Muhammad Hisyammudin Mohd Nazri, Amyrul Shafiq Shamuddin, Mohd Amirul Asharaf Ahmad Zamri mengatasi cabaran regu kedua UPSI (Muhamad Hafiq Ab Aziz, Ahmad Asli, Mohd Yusop Mohammad dan Iskandar Mohd Ali) dengan keputusan 15-8 dan 15-9 untuk muncul juara.

Kejayaan UiTM memenangi saingan perlawanan akhir meneruskan kejayaan mereka pada dua temasya sebelum ini.

Sementara itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meraih tempat ketiga selepas mengatasi cabaran getir pasukan Universiti Malaya dengan kemenangan 2-0 bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pada satu lagi perlawanan.

Karnival Sukan MASUM 2013 yang bermula Ahad lepas akan berakhir pada 30 Ogos depan membabitkan 20 acara sukan dan seramai 20 pasukan universiti yang bertanding pada kali ini.

Sumber ----  http://news.abnxcess.com/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...