Pengumuman tersebut diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sidang media yang diadakan di pejabatnya.
Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Negara menjelaskan Teong Kim adalah pilihan terbaik menggalas taggungjawab tersebut berdasarkan kredibiliti yang ada pada bekas pemain kebangsaan itu.
“Teong Kim akan dilantik sebagai Pengarah Projek dan bukannya Pengarah Teknikal seperti yang digembar gemburkan sebelum ini. Beliau aka nmenggantikan Lim Kim Chon yang juga abangnya sendiri yang menerima tugasan bersama FIFA.
“Tugas tersebut adalah lebih besar dari pengarah teknikal kerana beliau tanggungjawab bagi semua program pembangunan bolasepak negara termasuk program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selain bekerjasaa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tambah Khairy lagi, beliau mahu peminat faham pelantikan tersebut belum boleh menghasilkan kejayaan segera kerana ianya adalah untuk plan jangka masa panjang.
“Saya tak mahu libatkan sasaran seperti layak ke Piala Dunia atau sebagainya kerana yang paling penting adalah membetulkan asas diperingkat akar umbi dahulu kerana dalam apa-apa bidang sekalipun, asas atau tapak adalah perkara yang paling mustahak” jelas Khairy.
Bagi Teong Kim pula, beliau tahu cabaran besar menantinya dalam menguruskan tanggungjawab ini namun yakin bolasepak Malaysia akan menuju ke arah yang tepat selepas ini.
“Saya gemarkan cabaran. Saya mahu membawa bolasepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
“Tugas saya yang paling utama ialah memilih sistem yang paling berkesan untuk memastikan kita mempunyai tapak yang kukuh selain memastikan jurulatih-jurulatih diperingkat bawahan ini mempunyai kepakaran yang secukupnya” kata Teong Kim yang pernah bermain bersama Hertha Berlin di Jerman serta Grazer AK di Austria.
Teong Kim sebenarnya sudah tidak asing lagi dalam bolasepak Malaysia. Abangnya Lim Kim Chon dan Lim Chuan Chin merupakan bekas pemain bolasepak. Teong Kim juga merupakan ahli pasukan Malaysia ketika memenangi emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
Pernah menjadi pengarah akademi FAM dan juga jurulatih bawah 15 tahun kebangsaan pada 1998, Teong Kim merupakan penolong jurulatih skuad bawah 19 tahun Bayern Muncih selama 6 tahun serta jurulatih pembangunan skuad bawah 13 dan bawah 15 kelab Jerman itu juga selama 6 tahun.
Antara pemain antarabangsa yang pernah menerima sentuhan beliau adalah bintang Bayern Munich seperti Holger Badstuber, Diego Contento, Tony Kroos, David Alaba, Thomas Muller selain Matt Hummels (Borussia Dortmund), Mehmet Ekici (Werder Bremen), Nicola Sansone (Parma) dan juga Roberto Salerno (Sampdoria).
Posted on August 21, 2013 by Syamil Sohimi
http://www.duniasukan.com/
0 comments:
Post a Comment