KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin
sekadar mengutip satu mata pada pelumbaan GP Czech selepas menduduki
tangga ke-15 malam ini.
Pelumba Red Bull KTM Ajo dari Banting, Selangor itu kini mengumpul 50
mata daripada 11 perlumbaan musim ini untuk menduduki tangga ke-10
keseluruhan.
Pada perlumbaan itu, rakan sepasukan Zulfahmi, Lois Salom dari
Sepanyol muncul juara mengatasi Maverick Vinales di tempat kedua
manakala tempat ketiga milik Jonas Folger dari Jerman.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
0 comments:
Post a Comment