Pages

Monday, 9 September 2013

Marseille Berminat Meminjam Romelu Lukaku Dari Chelsea.

Marseille mendedahkan mereka berminat untuk mendapatkan bintang Chelsea, Romelu Lukaku secara pinjaman di hari terakhir jendela perpindahan.
 
Pemain Belgium itu menjadi pemain yang direbut antara Everton dan West Brom sebelum jendela perpindahan ditutup sebelum akhirnya menyertai the Toffees secara pinjaman semusim dengan kelab Ligue 1 turut berminat sebelum mereka memastikan pembelian pemain sasaran utamanya, Florian Thauvin dari Lille.
 
Pengarah sukan Marseille, Jose Anigo memberitahu: "Kami telah pun memiliki penyerang yang bagus dengan [Andre-Pierre] Gignac tapi kemungkinan memiliki dua penyerang.
 
"Apapun, pilihan No.1 ialah untuk mengambil Thauvin jadi kami kekal dengannya."
 
Lukaku menjaringkan 17 gol di 35 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk West Brom di musim 2012-13 dan pengurus Chelsea, Jose Mourinho telah membayangkan untuk mengekalkannya di Stamford Bridge namun penrekrutan Samuel Eto'o secara perpindahan percuma telah menyaksikan peluangnya semakin terhad.
 
 
SUMBER ---- http://www.wiselonline.com/

Kroos Tidak Terburu-buru Menyambung Kontrak di Bayern.

MUNICH –Toni Kroos mengatakan dirinya tidak mau terburu-buru melanjutkan kontraknya bersama The Bavarians. Pemain kebangsaan Jerman itu sudah bersama Bayern selama dua musim.

Kontrak Kroos sendiri akan berakhir pada akhir musim ini. Meskipun begitu, pihak kelab juga belum menunjukkan tanda-tanda akan menyambung kontrak Kroos.

“Ini (kontrak) masih belum dibincangkan, jadi saya masih belum mampu untuk memberi jawapan. Mari kita tunggu dan lihat,” ujar Kroos di Bild, Isnin (9/9/2013).

Selain membincangkan penyambungan kontraknya, Kroos juga telah memberikan komen tentang perpindahan rakan sepasukannya, Mesut Ozil.

“Keupayaan pemain Jerman di luar negera telah meningkat pesat. Perpindahan itu adalah membuktikan kualiti seseorang pemain,” ujar Kroos.

Malaysia Ke Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka.

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam ini.

Skuad Harimau Muda A meraih enam mata daripada dua perlawanan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura pada perlawanan pertama kelmarin.

Sementara itu, Thailand yang mengumpul empat mata hasil kemenangan ke atas Singapura dan seri 1-1 dengan Myanmar kelmarin, berpeluang cerah untuk bertemu tuan rumah di pentas final.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Saturday, 7 September 2013

Nadal Akan Bertemu Djokovic Di Final.

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal menempah tiket ke final Tenis Terbuka Amaerika Syarikat (AS) dengan penuh bergaya selepas mengetepikan pemain Perancis, Richard Gasquet 6-4 7-6 (1) 6-2 pada aksi separuh akhir awal pagi Ahad.

Menunggu Nadal pada aksi akhir nanti, pemain no.1 dari Serbia, Novak Djokovic yang turut menewaskan Stanislas Wawrinka sebelum itu.

Menurut Djokovic, dia mencurahkan segalanya pada perlawanan ini seperti mana yang dilakukan ketika berlatih.

"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada pihak lawan kerana mempamerkan aksi yang mencabar. Dia bermain sangat agresif. Saya cuba main bertahan dan menunjukkan permainan yang baik apabila diperlukan," jelas Djokovic.

Djokovic menang 2-6 7-6(4) 3-6 6-3 6-4.



SUMBER ---- http://www.mstar.com.my/

Pestabola Merdeka: Malaysia Menang 1-0 Ke Atas Singapura

KUANTAN: Perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka 2013 menyaksikan skuad Malaysia yang dibarisi pemain-pemain Harimau Muda A berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Singapura pada aksi di Stadium Darul Makmur, Sabtu.

Bermain dalam keadaan padang basah selepas hujan lebat sejak pukul 4 petang tidak menjadi penghalang skuad negara mendominasikan permainan.

Skuad Singapura yang dibimbing V.Sundram Moorthy dilihat lebih menggunakan corak bertahan memandangkan keadaan padang yang licin.

Dalam pada itu, percubaan Mohd Irfan Fazail pada minit ke-15 nyaris menewaskan penjaga gol Singapura, Rudy Khairullah Adi Negara.

Penyerang negara, Wan Zack Haikal turut melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang lawan dengan gerakan lincah, namun dihalang barisan pertahanan Singapura.

Kedua-dua pasukan mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama.

Gagal mencuri sebarang mata pada separuh pertama, skuad kendalian Ong Kim Swee ini bangkit mengatur strategi baru yang lebih pentas sekaligus menyaksikan tendangan Thamil Arasu tepat ke arah gol hasil bantuan Junior Eldstal pada minit ke-46.

Walaupun hujan renyai-renyai, babak kedua permainan semakin rancak daripada dua-dua belah pasukan, namun peluang menambah gol lebih berpihak kepada skuad negara.

Namun agak malang bagi pasukan negara selepas mensia-siakan peluang untuk menambah satu lagi jaringan gagal dilaksanakan apabila sepakan penalti yang dilakukan oleh Wan Zack Haikal terlalu perlahan menuju ke arah penjaga gol.

Sepakan penalti tersebut diberikan kepada skuad Malaysia selepas pemain Singapura, Muhammad Afiq Yunos (m-54) menggunakan tangan untuk menyelamatkan bola yang ditanduk Mohd Fadhli Mohd Shas di depan pintu gol sekaligus dia dilayangkan kad merah.

Biarpun hanya tinggal sepuluh pemain, skuad Singapura tidak memberi laluan mudah kepada Harimau Muda A walaupun serangan demi serangan dilancarkan.

Aksi mantap penjaga gol lawan, Rudy menyekat impian skuad negara untuk menambah jaringan.
Sehingga tamat permainan, keputusan kekal 1-0.

Skuad negara bakal berdepan dengan pasukan Thailand pada Isnin ini.

SENARAI PEMAIN:

Malaysia:
Reuben Thayaparan, Mohd Fadhli Sha, Saarvindran A/L Devandran, Mohd Irfan Fazail, Muhammad Ferris Danial, Thamil Arasu Ambumamee, Wan Zack Haikal Wan Noor, S. Sivanesan, Putera Nadher Amarhan, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Sharul Azim, Mohd Izham Tarmizi.

Singapura:
Muhammad AfiqYunos, Madhu M Mohana, Quak Jun Yi, Muhammad Hafiz Abu Sujad, Muhammad Fazli Ayob, Sheikh Abdul Hadi SH Othman, Muhammad Zulfahmi MD Ariffin, Muhammad Syafiq MD Zainal, Muhammad Aqhari Abdullah, Muhd Izzudin Shafiq Yacob, Muhammad Syazwan Buhari.

Posted By ---- 

Skuad England Tanpa Daniel Sturridge

PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge diketepikan daripada skuad England pada aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Ukraine kerana mengalami kecederaan di bahagian paha.

Sturridge juga direhatkan Jumaat lalu ketika skuad kebangsaan itu menang 4-0 ke atas Maldova.

Selain Sturridge, skuad Roy Hodgson itu agak goyang apabila Danny Welbeck digantung perlawanan, manakala Wayne Rooney dan Andy Carroll turut mengalami kecederaan.

Dengan itu, penyerang Southampton Rickie Lambert bakal mengetuai skuad selepas mempamerkan prestasi terbaik dengan melakukan dua kali jaringan termasuk membantu memenangi perlawanan persahabatan bertemu Scotland 3-2 bulan lalu.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA): "Pihak FA mengesahkan Daniel Sturridge tidak akan bersama England menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia dengan Ukraine Selasa ini.

"Pegawai perubatan England telah berhubung dengan kelab Liverpool sejak dia kembali ke sana Khamis lalu, yang mana kecederaannya masih belum pulih dan jelas sekali dia tidak cergas untuk perlawanan di Kiev nanti.

"Tiada perubahan yang dibuat oleh skuad Roy Hodgson dalam senarai 23 pemain yang akan berkunjung ke Ukraine awal pagi Ahad."

England kini menguasai kedudukan Kumpulan H mencatat perbezaan gol dengan pasukan
Montenegro dan kini mengumpul 15 mata.

Bersama England dalam Kumpulan H - Montenegro,Ukraine, Moldova, Poland dan San Marino.


SUMBER ---- http://www.mstar.com.my/

Thursday, 5 September 2013

Mourinho tetap mahukan Rooney


Pengurus Chelsea Jose Mourinho dilaporkan sudah bersedia untuk meningkatkan usaha mereka bagi mengejar Wayne Rooney pada minggu depan.

Beliau turut berpendapat Manchester United harus menjual penyerang itu kepada pesaing domestik dan beliau berkata jika sebaliknya berlaku ia boleh merosakkan Liga Perdana.

Chelsea sebelum ini sudah membuat dua bidaan untuk penyerang itu dan mereka juga dikhabarkan akan membuat bidaan ketiga apabila kelab tersebut berkunjung ke Old Trafford nanti.

"Saya rasa ia perkara biasa kerana kita mahukan lebih kualiti dalam keseluruhan struktur. Secara jelas, posisi penyerang adalah posisi dimana kita cuba mahu perbaiki.

"Sekiranya kita mambuat tawaran dan mereka menolak sekali lagi, apa yang kita boleh buat?"

"Dua jawapan yang kita terima daripada Manchester United adalah 'kita tidak menerima tawaran dan kita tidak berminat untuk menjual pemain'. Ia adalah hubungan rasmi yang kita miliki.

"Tiada apa yang kita perlu tambah dan kita mahu menghormati mereka dan bola sepak."  kata Mourinho.


SUMBER --- http://www.stadiumastro.com/

Lionel Messi Bersama Skandal Foto Terbarunya.

Reputasi Lionel Messi yang selama ini dikenal sebagai seorang yang baik dan setia mulai dipertanyakan. Ini menyusul foto mesranya dengan seoranggaids di sebuah kelab malam. Benarkah hubungan rumah tangganya dengan Antonella Roccuzzo jadi terancam?

Foto itu memperlihatkan pemain bintang pujaan dunia, Lionel Messi tengah berpelukan dengan seorang perempuan yang tidak dikenali.

Messi (26) selama ini dikenal sebagai kekasih model Argentina, Antonella Roccuzzo (25). Meski belum menikah, mereka sudah dikarunia seorang anak lelaki bernama Thiago yang lahir 2 November tahun lalu.

Ada 2 foto yang diambil. Pertama, Messi yang memakai T-shirt putih dan berseluar jeans biru sedang duduk, dan dipeluk oleh perempuan yang memakai gaun ketat warna hitam. Foto kedua, Messi dalam posisi berdiri, dan memeluk perempuan tersebut.

"Foto itu mengancam hubungan Lionel Messi," begitulah headline Pronto.

Menurut media Argentina tersebut, foto tersebut diambil di sebuah kelab malam di Las Vegas. Pada Julai lalu, Lionel Messi bersama pasukannya, "Messi & Friend", memang sempat bersiar-siar ke Amerika Syarikat untuk liga pengumpulan dana bersama beberapa kelab tempatan.

Ketika menghadiri pesta yang diadakan oleh pemain Brasil, Ronaldo, foto-foto Messi diambil di sebuah hotel mewah, Wynn Las Vegas & Encore Resort.

Dua tahun lalu, Messi juga pernah jadi skandal di Argentina gara-gara pengakuan seorang model panas, Xoana Gonzalez. Spesialisasi Xoana adalah menari cumbia, tarian erotis ala Kolombia.


SUMBER --- http://www.tribunnews.com/

Adriano Galliani Emosional Sambut Kaka Kembali ke Milan

Milan - Wakil Presiden AC Milan, Adriano Galliani, menyatakan alasan kelabnya memulangkan Kaka. Setelah empat tahun bermain di Real Madrid, Kaka akhirnya kembali ke San Siro. Kalau dulu penyerang yang berasal dari Brasil itu berhijrah dengan nilai perpindahan 65 juta euro, kini dia pulang tanpa yuran perpindahan.

"Dia tak ingin pergi empat tahun lalu. Milan-lah yang membuat keputusan," ungkap Galliani di Football Italia.

"Hubungan kami dengan dia tak pernah berakhir. Dia selalu ada di hati kami. Kami tahu, cepat atau lambat, kami akan membawanya pulang," tambahnya.

"Kami telah menginginkannya selama dua tahun kebelakangan ini dan Kaka menegaskan rasa cintanya kepada Milan dengan membuat pengorbanan,"ujar beliau lagi .

Milan melatih Kaka tidak lama setelah mereka melepas Kevin-Prince Boateng ke Schalke 04. Kaka kemungkinan besar akan berperan sebagai trequartista dalam formasi 4-3-1-2.

"Kami melatihnya dengan pelbagai taktik. Allegri sangat ingin dia kembali dan kami terus memikirkan Kaka setelah penjualan Kevin Prince Boateng," ujar Galliani.

Pemain bola sepak Kelantan Zamri Ramli positif dadah, digantung dua tahun.

KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli yang gagal ujian doping selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim pada 29 Jun lalu sah positif mengambil dadah jenis methamphetamine.

Pengesahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Datuk Taufek Razak selepas menerima keputusan sampel B pemain terbabit.

SUMBER --- http://www.astroawani.com/

Monday, 2 September 2013

Liverpool Pinjamkan Borini, MU Pinjamkan Bebe & Powell

Liverpool - Menjelang penutupan perpindahan pemain musim panas, Liverpool meminjamkan Fabio Borini ke kelab lain. Tindakan serupa dilakukan Manchester United terhadap dua pemainnya, Bebe dan Nick Powell.

Borini, yang bermain dengan Liverpool pada Julai 2012 lalu dan merupakan pembelian pertama pengurus Brendan Rodgers, dipinjam oleh Sunderland sepanjang musim ini.

"Liverpool Football Club telah mengesahkan penyerang Itali Fabio Borini sudah bermian dengan kelab Barclays Premier League Sunderland dengan jumlah pinjaman selama musim 2013-14," jelas Liverpool di lama rasminya.

Sementara itu MU disebut Sports Mole sudah diberi pelepasan untuk meninggalkan Old Trafford untuk bermain dengan kelab Portugal Pacos de Ferreira selama semusim. Sebelum ini pemain berusia 23 tahun itu juga sudah dipinjamkan MU ke Besiktas dan Rio Ave.

Powell menjadi pemain 'Red Devils' lain yang dipinjamkan MU menjelang ditutupnya perpindahan pemain pada musim panas ini. Ia dipinjamkan selama semusim ke Wigan Athletic.

"Manchester United dan Wigan Athletic sudah menyepakati peminjaman selama satu musim buat Nick Powell," terang MU di laman rasmi kelab.

"Pemain berusia 19 tahun itu akan bekerjasama lagi dengan pengurus Paul Jewell, yang berharap akan membawa Wigan kembali ke tempat teratas dari Liga Primer Inggris musim lalu di bawah arahan Roberto Martinez," lanjut pernyataan MU.

SUMBER ----- detiksport

Alasan Mesut Ozil Tertarik ke Arsenal.

London - Mesut Ozil sudah rasmi untuk jadi pemain baru Arsenal. Pemain itu pun kini menyatakan hasratnyanya meninggalkan Real Madrid dan bergabung dengan Arsenal.

Ozil diboyong dengan nilai perpindahan yang dijangka mencapai 42,5 juta poundsterling. Di Arsenal ia menandatangani kontrak dengan tempoh lima tahun ke depan.

Sehubungan dengan perpindahan Gareth Bale, masa depan Ozil di Madrid musim panas ini memang sudah dispekulasikan. Pemain antarabangsa Jerman itupun sempat dihubungi sebelum akhirnya secara rasmi menjadi pemain 'The Gunners'.

"Saya senang bergabung dengan sebuah kelab seperti Arsenal dan saya sudah tidak sabar ingin bermain di Liga Premier. Ini akan jadi sesuatu yang hebat untuk perkembangan diri saya sebagai seorang pemain dan saya sangat menantikan kesempatan untuk bekerja dengan Arsene Wenger," ujar Ozil di satu laman rasmi Arsenal.

"Dari perbincangan yang berlangsung antara kami jelas bahwa kelab ini mempunyai target yang sangat besar dan saya ingin menjadi sebahagian darinya," ujar beliau.

Perpindahan Ozil yang mempunyai 47 caps bersama Jerman ini menjadi "pembelian pertama" Arsenal di musim panas nanti.

Selanjutnya, di elab London Utara itu Ozil akan memakai jersi bernombor 11. Ia menjadi pemain Jerman ketiga di pasukan Arsenal selain Per Mertesacker dan Lukas Podolski.

SUMBER -----  : detiksport

Tugas sukar Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR: Skuad harimau malaya bakal berdepan tugasan sukar dalam kunjungan ke Tanjin, China untuk aksi persahabatan antarabangsa Kelas A, 10 September ini.

Selain menentang lawan yang lebih kuat, skuad negara juga sedikit tempang ekoran ketiadaan beberapa tonggak utama yang terikat dengan misi lain.

Pemain-pemain terbabit kebanyakannya pemain di posisi pertahanan seperti Fadhli Shas, Junior Edlstal, Zubir Azmi dan K. Reuben.

Mereka mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A yang akan membawa cabaran negara dalam saingan Pesta Bola Merdeka dari 7 hingga 14 September ini.

Rajagobal ditemui pada sesi latihan hari pertama skuad senior kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad.

Dua daripada 24 pemain yang dipilih tidak menyertai latihan kali ini iaitu Faizal Muhamad dan Hasmizan Kamarodin dari pasukan Terengganu.

Tempat kedua-dua pemain itu digantikan pemain pertahanan Kelantan Farisham Ismail dan Hairul Mokhtar dari pasukan Sarawak.

Perlawanan dengan China amat penting buat skuad negara memperbaiki kedudukan ranking dunia selain persediaan bertemu Bahrain bagi kelayakan Piala Asia, bulan depan.

SUMBER ----  http://www.astroawani.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...