Pages

Friday, 30 August 2013

Deco gantung but

RIO DE JANEIRO - Bekas pemain tengah Portugal, Deco mengumumkan persaraannya kelmarin, sehari kurang dari hari jadinya ke-36 selepas deretan kecederaan yang mengecewakan.

"Saya mahu meneruskan sehingga akhir kejohanan Brazil tetapi saya tidak sampai kepadanya.

"Saya mahu membantu Fluminense lebih daripada yang saya buat tetapi badan saya tidak membenarkan saya," kata bekas pemain Porto, Barcelona dan Chelsea ini yang kini bermain buat juara Brazil, Fluminense dalam satu kenyataan.

Deco membuat penampilan terakhirnya menentang Goias, Rabu lalu.

Deco kelahiran Brazil dibesarkan di Corinthians dan berpindah ke Portugal pada 1997 sebelum dia menyerlah di negaranya.

Dia mulanya menyertai Alverca tetapi kariernya maju selepas berpindah ke Porto pada 1998.

Dia menghabiskan enam tahun di kelab itu, memenangi Liga Juara-Juara pada 2004 kemudian berpindah ke Barcelona bagi empat musim dan Chelsea bagi dua musim sebelum kembali ke Brazil tiga tahun lalu.

Deco yang nama penuhnya ialah Anderson Luis de Souza, beroleh kerakyatan Portugal dan dipilih buat kali pertama oleh jurulatih Luiz Felipe Scolari, juga seorang warga Brazil pada 2003 di tengah-tengah beberapa kontroversi. -

REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
© Utusan Melayu (M) Bhd

Liga Juara-Juara: Milan jumpa Barcelona.

MONTE CARLO 30 Ogos - Juara tujuh kali AC Milan yang disingkir Barcelona dua musim lepas diundi lagi bersama Catalan dalam saingan Kumpulan Liga Juara-Juara pagi ini.

Juara sembilan kali, Real Madrid diundi bersama Juventus manakala penyandang juara, Bayern Munich bersama Bayern Munich, CSKA Moscow dan Viktoria Plzen in Kumpulan D.
- Agensi

Kumpulan A
Manchester United
Shakhtar Donetsk
Bayer Leverkusen
Real Sociedad


Kumpulan B
Real Madrid
Juventus
Galatasaray
FC Copenhagen


Kumpulan C
Benfica
Paris St Germain
Olympiakos Piraeus
Anderlecht


Kumpulan D
Bayern Munich
CSKA Moscow
Manchester City
Viktoria Plzen


Kumpulan E
Chelsea
Schalke 04
Basel
Steaua Bucharest


Kumpulan F
Arsenal
Olympique Marseille
Borussia Dortmund
Napoli


Kumpulan G
Porto
Atletico Madrid
Zenit St Petersburg
Austria Vienna


Kumpulan H
Barcelona
AC Milan
Ajax Amsterdam
Celtic

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ribery Pemain Terbaik Eropah musim 2012/13

MONACO 30 Ogos - Pemain Bayern Munich Franck Ribery menang anugerah Pemain Terbaik Eropah untuk musim 2012/2013.

Pemain antarabangsa Perancis itu merupakan pemenang ketiga selepas dua pemain Barcelona Lionel Messi (2011) dan Andres Iniesta (2012).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 29 August 2013

Tyson ingin bebas dadah.

BEKAS jaguh tinju dunia, Mike Tyson yang masih dibelenggu dengan masalah penyalahgunaan dadah dalam kehidupan sehariannya, mempunyai impian untuk kembali kepada kehidupan normal.

Tyson yang pernah mendapat gelaran The Baddest Man on the Planet, menjelaskan dia sedang berusaha untuk membebaskan diri daripada belenggu dadah.

“Saya ingin menjalani kehidupan normal dan saya tidak ingin mati dalam keadaan sia-sia. Sebelum ini juga saya pernah mengalami masalah ketagihan alkohol,” katanya.

Bekas juara dunia kategori heavyweights itu sebelum ini pernah menyatakan keinginan untuk berubah sepenuhnya dan meninggalkan kehidupan gelapnya.

“Sebelum ini saya selalu berbohong kepada semua orang. Mereka fikir saya sudah berubah, padahal tidak,” katanya.


-SINAR HARIAN

Button, Perez kekal bersama McLaren

PELUMBA pasukan McLaren, Jenson Button dan Sergio Perez masih kekal digandingkan bersama hingga musim 2014.

Button sudah bersama pasukan sejak tiga musim lalu, manakala Perez menyertainya pada tahun ini menggantikan Lewis Hamilton yang berhijrah ke Mercedes.

Prinsipal pasukan, Martin Whitmarsh meyakini McLaren boleh tampil lebih kuat andai pelumba kelahiran Inggeris dan Mexico itu dikekalkan.

“Saya fikir mereka perlu bersama. Button dan Perez sudah melakukan pekerjaan bagus,” katanya.
Begitu pun, musim ini kurang menjadi buat McLaren apabila daripada 11 pertandingan, mereka gagal menaiki podium.

“Saya ingin berada di sini musim depan tapi belum mendengar pengesahan soal hal itu. Saya perlu menunggu kerana bagi saingan musim depan , saya janji sajikan aksi terbaik,” kata Button.


-SINAR HARIAN

Monday, 26 August 2013

TRW ceria di laluan terbaik lepasi ‘kumpulan maut’

Bojan Hodak
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan,

Walaupun sedar peluang untuk tiga pasukan lain juga terbuka luas, namun jurulatih berusia 42 tahun kelahiran Crotia itu tetap meletakkan The Red Warriors (TRW) sebagai pilihan untuk layak ke suku akhir.
Bojan Hodak (gambar) menyifatkan pasukannya berada di landasan terbaik melepasi ‘kumpulan maut’ selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan Kumpulan C kempen Piala Malaysia.
Katanya, kesungguhan anak buahnya untuk memastikan piala keagungan itu kekal di Kota Bharu menjadi tunjang untuk mereka mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi.


"Sebelum ini, ramai pihak yang menganggap Kelantan bakal berdepan tugas sukar untuk melepasi peringkat kumpulan apabila diletakkan dalam ‘kumpulan maut’.

Guc jadi pujaan penyokong Kedah

Alor Setar: Penyerang Kedah, Alan Guc harus kini menjadi sanjungan penyokong setia Hijau Kuning apabila dua kali muncul penyelamat pasukan dengan jaringan penyamaan dalam saingan Kumpulan D kempen Piala Malaysia.

Selepas menjaringkan gol penyamaan ketika membantu Kedah mengikat juara Liga Super Lions XII 2-2 di Stadium Jalan Besar, Selasa lalu, penyerang kelahiran Croatia itu malam kelmarin sekali lagi menjadi penyelamat ketika skuad bimbingan Datuk Ahmad Shafie mengikat Perak 1-1 di Stadium Darul Aman.
Walaupun menjadi sanjungan peminat, Guc yang berasal dari Croatia menyifatkan kejayaan Kedah memberi saingan dengan mengikat kedua-dua pasukan dari Liga Super itu hasil kerjasama rakan sepasukan.


Kepingin nikmat kemenangan

Malah, sebagai manusia biasa, dia mengakui gementar ketika mengambil sepakan penalti yang dianugerahkan pada masa kecederaan menentang Perak, apa lagi lebih 25,000 peminat yang membanjiri stadium mengharapkan dia mampu menjaringkan gol penyamaan.

“Walaupun tendangan saya ditepis penjaga gol Perak Mohd Farizal (Marlias), tetapi bola lantunan itu kembali ke kaki saya semula untuk membolehkan saya menyepak masuk untuk jaringan penyamaan.

“Saya memang teruja dan bangga kerana dapat menceriakan ribuan peminat setia Hijau Kuning. Jaringan penyamaan itu bukanlah usaha saya seorang tetapi kerja keras dan kesungguhan semua pemain untuk mencari gol penyamaan,” kata Guc.
Guc yang sudah meledak ketiga-tiga gol Kedah dalam kempen Piala Malaysia berharap mampu meledak lagi ketika menentang juara Liga Perdana, Sarawak di Stadium Darul Aman malam esok.

“Selepas seri dua kali, kami ingin merasai nikmat kemenangan pula. Kami harap dapat merasainya malam esok dengan menewaskan Sarawak,” katanya.

Artikel ---http://www.bharian.com.my/ 

Institut Sukan Negara (ISN) Pertahan FAM.

Ramlan menegaskan, FAM sudah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan dalam menangani kes itu selain tidak mendedahkan nama pemain yang terbabit sehingga siasatan terhadap kes berkenaan selesai.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz mempertahankan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan kes ujian doping membabitkan seorang pemain pertahanan Kelantan.
“Bagi saya, ia adalah tindakan bijak daripada FAM kerana ia boleh dijadikan iktibar atau pengajaran kepada pemain atau atlet sukan lain amnya.


“Malah, ia boleh disifatkan amaran daripada FAM betapa badan induk itu memandang serius masalah doping di kalangan pemain. Ini penting agar kes sama tidak berulang pada masa akan datang,” kata Dr Ramlan ketika dihubungi semalam.

Sunday, 25 August 2013

Hoki Piala Asia: Malaysia tewas di tangan Pakistan.

IPOH 25 Ogos - Malaysia kalah 1-4 kepada Pakistan pada perlawanan kedua, Kumpulan A di Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di sini malam ini.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Gol-gol Pakistan dijaringkan oleh Muhammad Zubair pada minit ke-32, Muhammad Dilber (minit ke-46), Muhammad Waqas (minit ke-60) dan Shafaq Rasool pada minit ke-67.
Gol tunggal skuad negara disumbangkan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim seawal minit ke-26.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Vettel kukuh cengkaman menang di Belgium.

SPA FRANCORCHAMPS, Belgium 25 Ogos - Juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel mengukuhkan cengkaman untuk mengejar kejuaraan dunia keempat selepas muncul juara Grand Prix Belgium, yang juga kemenangan kelimanya musim ini.

Pemandu Red Bull berusia 26 tahun itu tidak berdepan masalah besar apabila meninggalkan pemandu Ferrari, Fernando Alonso dengan kelebihan 16.869 saat di hadapan sementara Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes berada di tempat ketiga.

Kemenangan itu membantu Vettel memungut 197 mata secara keseluruhan, jauh meninggalkan Alonso di tangga kedua dengan 151 mata dan Hamilton meraih 139 mata sementara bagi kategori pengeluar, Red Bull juga unggul di hadapan dengan 312 mata.

Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg berada di tempat keempat diikuti seorang lagi pemandu Red Bull, Mark Webber yang berada di tangga kelima dan pemandu McLaren, Jenson Button, di tempat keenam.

Sementara itu, pelumba Lotus, Kimi Raikkonen buat pertama kali gagal menamatkan perlumbaan semenjak kembali ke kancah Formula Satu apabila terpaksa menghentikan perlumbaan pada pusingan ke-39 ekoran masalah brek.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Zulfahmi sekadar tangga ke-15 GP Czech.

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin sekadar mengutip satu mata pada pelumbaan GP Czech selepas menduduki tangga ke-15 malam ini.

Pelumba Red Bull KTM Ajo dari Banting, Selangor itu kini mengumpul 50 mata daripada 11 perlumbaan musim ini untuk menduduki tangga ke-10 keseluruhan.

Pada perlumbaan itu, rakan sepasukan Zulfahmi, Lois Salom dari Sepanyol muncul juara mengatasi Maverick Vinales di tempat kedua manakala tempat ketiga milik Jonas Folger dari Jerman.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Friday, 23 August 2013

Giggs berharap United mampu benam Chelsea

London: Hanya seminggu memasuki musim baru, Liga Perdana Inggeris akan menyaksikan ‘pertembungan besar’ apabila Chelsea berdepan juara, Manchester United, Isnin ini.

United memulakan misi mempertahankan gelaran dengan kejayaan besar 4-1 di Swansea City minggu lalu, tetapi kunjungan Chelsea bakal memulakan ujian empat perlawanan berturutan termasuk menentang Liverpool dan Manchester City.
Pengurus baru United, David Moyes (gambar) tidak boleh terlalu tegas di awal musim dan mengerti anak didiknya berdepan lawan yang menerajui takhta liga ketika ini.
 
Chelsea dahului liga

Chelsea menang 2-0 menewaskan Hull City sekembalinya Jose Mourinho daripada Stamford Bridge minggu lalu sebelum mengutip tiga mata lagi menewaskan Aston Villa 2-1 di tempat sendiri, Rabu lalu.

“Dalam permulaan Mourinho di Chelsea, mereka sudah tentu bermula dengan permulaan yang baik dan kami tidak berjaya mengejar mereka,” kata Ryan Giggs.

“Anda selalu mahukan permulaan yang baik. Jelas sekali kami melalui permulaan yang sukar tetapi kami bermula baik dengan menang di Swansea pada Sabtu lalu dan berharap akan meneruskannya.”

AFP

Artikel---- http://www.bharian.com.my/


FAM belum putuskan status trio Harimau Muda A.

Hamidin kata FAM belum putuskan status trio Harimau Muda A

Kuala Lumpur: Hasrat Johor Darul Takzim (DT) mengikat pemain Harimau Muda A - Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman - untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan sedikit terganggu kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum memutuskan masa depan tiga pemain terbabit bersama skuad pelapis negara itu.

FAM juga masih menimbang beberapa kemungkinan berhubung hala tuju skuad Harimau Muda A dan pemainnya selepas tamat Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata memang diakui pemain dari skuad Harimau Muda A ini tidak kira sama ada berusia 23, 22 atau 21 tahun akan tamat kontrak pada 31 Disember ini.

Artikel-----http://www.bharian.com.my/

Oleh Wan Fakhrul Bakar

Jangan lupa 'Misi 33': Irfan.

Jangan lupa 'Misi 33': IrfanBagi menyalakan semula ‘Misi 33’, Selangor harus menewaskan Tentera di Stadium Shah Alam pada aksi kedua Kumpulan A, Piala Malaysia, malam ini selepas sekadar seri 0-0 menentang Johor di Pasir Gudang, Selasa lalu.

Malah, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim memberi pesanan cukup bermakna buat pemain dan dirinya supaya menghormati kontrak bersama skuad Red Giants itu dan kekal fokus pada baki perlawanan musim ini.
“Saya mahu pemain kekal fokus untuk setiap perlawanan Piala Malaysia ini kerana kita harus ingat, kita perlu merealisasikan Misi 33. Memang kebiasaan pada penghujung musim, terdapat rundingan dan perpindahan ke pasukan lain.


“Tapi saya pesan kepada semua pemain dan diri saya sendiri, kita perlu hormati kontrak sedia ada dan meneruskan fokus memburu piala terakhir musim ini,” kata Irfan ketika dihubungi, semalam.

Beri tekanan

Menjelang pertemuan dengan Tentera, Irfan mahu anak buahnya terus memberi tekanan kepada skuad kendalian B Sathianathan itu yang tewas 3-4 kepada Sime Darby pada aksi sulung, Selasa lalu.

“Tentera juga gagal menang dalam lima perlawanan terakhir Liga Super. Jadi kita harus gunakan kesempatan ini dan menambah tekanan di pihak mereka sambil tetap perlu merantai tonggak utamanya iaitu Marlon Alex James dan Hairuddin Omar,” katanya.
Irfan berkata, dua pemainnya, Raimi Md Nor dan Adib Aizuddin Ab Latif akan kembali disenaraikan selepas penggantungan satu perlawanan manakala gandingan Amri Yahyah dan Francis Forkey Doe terus dipertaruhkan untuk memburu gol.

Artikel----http://www.bharian.com.my/
Oleh Wan Fakhrul Bakar

Thursday, 22 August 2013

UiTM ungguli sepak takraw MASUM.

GOMBAK –  Penyandang juara pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka dua musim lepas apabila mengungguli perlawanan akhir acara sepak takraw berpasukan Karnival Sukan Antara Universiti (MASUM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, semalam.

Membariskan pemain berpengalaman termasuk dua pemain pelapis skuad kebangsaan, UiTM tidak berdepan dengan masalah meraih kemenangan mudah 2-0 ke atas pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada perlawanan akhir.

Regu pertama UiTM Abdul Halim Razali, Muhamad Najib Abd Rahman, Muhammad Zamri Zakari memerlukan 26 minit untuk mengatasi regu UPSI yang membariskan Muhamad Hafiq Ab Aziz, Ahmad Asli, Mohd Yusop Mohammad dengan kemenangan 15-12 dan 15-7.

Sementara Muhammad Hisyammudin Mohd Nazri, Amyrul Shafiq Shamuddin, Mohd Amirul Asharaf Ahmad Zamri mengatasi cabaran regu kedua UPSI (Muhamad Hafiq Ab Aziz, Ahmad Asli, Mohd Yusop Mohammad dan Iskandar Mohd Ali) dengan keputusan 15-8 dan 15-9 untuk muncul juara.

Kejayaan UiTM memenangi saingan perlawanan akhir meneruskan kejayaan mereka pada dua temasya sebelum ini.

Sementara itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meraih tempat ketiga selepas mengatasi cabaran getir pasukan Universiti Malaya dengan kemenangan 2-0 bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pada satu lagi perlawanan.

Karnival Sukan MASUM 2013 yang bermula Ahad lepas akan berakhir pada 30 Ogos depan membabitkan 20 acara sukan dan seramai 20 pasukan universiti yang bertanding pada kali ini.

Sumber ----  http://news.abnxcess.com/

Ronaldinho tekad bantu PKNS.


Selepas meledak dua jaringan ketika membantu PKNS menumpaskan Johor Darul Takzim (JDT) 2-0 pada Selasa, penyerang Patrick Ronaldinho menegaskan dia mahu memburu kegemilangan lebih besar bersama PKNS pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Persembahan Ronaldinho ketika PKNS menewaskan JDT mendapat pujian ramai termasuk jurulatihnya, Abdul Rahman Ibrahim.

Kemenangan itu turut menyemarakkan semangat PKNS untuk terus melangkah jauh menjelang baki lima perlawanan peringkat kumpulan B.

Menurut Ronaldinho, dia mahu meneruskan prestasi terbaiknya bersama PKNS disamping mensasarkan lebih banyak jaringan selepas ini.

Untuk rekod, Ronaldinho muncul penjaring terbanyak saingan Piala FA 2012 ketika bersama Sime Darby.

Sudah pasti penyerang kebangsaan Liberia ini akan jadi tumpuan utama menentang T-Team di Kuala Terengganu 24 ogos ini.

Sabtu ini bakal menemukan saingan di antara Selangor lawan ATM dan Sime Darby lawan Johor dalam kumpulan A dan dalam kumpulan B pula JDT ingin keputusan yang baik menentang Felda United dan T-Team bakal bertemu PKNS.

Saingan kumpulan C pula menyaksikan Kelantan menentang Terenganu dan Negeri Sembilan menentang Pahang serta Sarawak menentang Lions XII dan Kedah lawan perak dalam kumpulan D.


Artikel Dari ---- http://www.stadiumastro.com/

Wednesday, 21 August 2013

Malaysia Terima Sentuhan ‘Bayern Munich’

Bekas jurulatih pembangunan Bayern Munich, Lim Teong Kim dilantik sebagai Pengarah Projek (Project Director) Bolasepak Malaysia berkuatkuasa November ini.

Pengumuman tersebut diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sidang media yang diadakan di pejabatnya.

Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Negara menjelaskan Teong Kim adalah pilihan terbaik menggalas taggungjawab tersebut berdasarkan kredibiliti yang ada pada bekas pemain kebangsaan itu.

“Teong Kim akan dilantik sebagai Pengarah Projek dan bukannya Pengarah Teknikal seperti yang digembar gemburkan sebelum ini. Beliau aka nmenggantikan Lim Kim Chon yang juga abangnya sendiri yang menerima tugasan bersama FIFA.

“Tugas tersebut adalah lebih besar dari pengarah teknikal kerana beliau tanggungjawab bagi semua program pembangunan bolasepak negara termasuk program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selain bekerjasaa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tambah Khairy lagi, beliau mahu peminat faham pelantikan tersebut belum boleh menghasilkan kejayaan segera kerana ianya adalah untuk plan jangka masa panjang.

“Saya tak mahu libatkan sasaran seperti layak ke Piala Dunia atau sebagainya kerana yang paling penting adalah membetulkan asas diperingkat akar umbi dahulu kerana dalam apa-apa bidang sekalipun, asas atau tapak adalah perkara yang paling mustahak” jelas Khairy.

Bagi Teong Kim pula, beliau tahu cabaran besar menantinya dalam menguruskan tanggungjawab ini namun yakin bolasepak Malaysia akan menuju ke arah yang tepat selepas ini.
“Saya gemarkan cabaran. Saya mahu membawa bolasepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
“Tugas saya yang paling utama ialah memilih sistem yang paling berkesan untuk memastikan kita mempunyai tapak yang kukuh selain memastikan jurulatih-jurulatih diperingkat bawahan ini mempunyai kepakaran yang secukupnya” kata Teong Kim yang pernah bermain bersama Hertha Berlin di Jerman serta Grazer AK di Austria.

Teong Kim sebenarnya sudah tidak asing lagi dalam bolasepak Malaysia. Abangnya Lim Kim Chon dan Lim Chuan Chin merupakan bekas pemain bolasepak. Teong Kim juga merupakan ahli pasukan Malaysia ketika memenangi emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

Pernah menjadi pengarah akademi FAM dan juga jurulatih bawah 15 tahun kebangsaan pada 1998, Teong Kim merupakan penolong jurulatih skuad bawah 19 tahun Bayern Muncih selama 6 tahun serta jurulatih pembangunan skuad bawah 13 dan bawah 15 kelab Jerman itu juga selama 6 tahun.

Antara pemain antarabangsa yang pernah menerima sentuhan beliau adalah bintang Bayern Munich seperti Holger Badstuber, Diego Contento, Tony Kroos, David Alaba, Thomas Muller selain Matt Hummels (Borussia Dortmund), Mehmet Ekici (Werder Bremen), Nicola Sansone (Parma) dan juga Roberto Salerno (Sampdoria).

Posted on August 21, 2013 by Syamil Sohimi
http://www.duniasukan.com/

Sunday, 4 August 2013

Barcelona Membawa Pasukan Terkuat Menentang Malaysia.

KUALA LUMPUR - Barcelona mengotakan janji membawa skuad terbaik dalam siri jelajah Asia ke Malaysia apabila mengesahkan akan membawa semua pemain bintang termasuk Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi dan bintang Brazil, Neymar.

Perkara itu diumumkan oleh Barcelona sendiri dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Antara pemain Barcelona yang disenaraikan ke Malaysia selain Messi dan Neymar ialah Victor Valdes, Fabregas, Xavi, Iniesta, Jordi Alba, Gerard Pique, Daniel Alves Alex Song, Mascherano dan ramai lagi.
Barca, yang kini dibimbing jurulatih baharu, Tata Martino dijangka tiba di Malaysia pada 1 Syawal iaitu 8 Ogos.

Bagi penyokong yang mahu menyaksikan bintang Barcelona dari dekat, kelab itu mengadakan latihan terbuka di Stadium Nasional pada 9 Ogos pukul 7.30 malam.
Sementara itu, Barca membelasah bekas kelab Neymar, Santos 8-0 pada perlawanan pertunjukkan semalam.
Perlawanan itu merupakan sebahagian daripada perjanjian yang dipersetujui ketika Neymar berpindah dari Santos ke Barcelona Jun lalu.

Barca meraih jaringan menerusi Cesc Fabregas yang meledak dua gol. Enam lagi gol disempurnakan Lionel Messi, Alexis Sanchez, Pedro, Adriano, Jean Marie Dongou dan gol sendiri pemain Santos, Leo.
Namun, pemain yang diraikan dalam perlawanan tersebut, Neymar gagal mencatat nama sebagai penjaring cuma dia banyak membantu rakan sepasukan mendapatkan jaringan.

"Saya tidak bimbang dengan jaringan. Berada bersama kelab ini adalah sesuatu yang amat hebat, dapat bermain bersama Xavi, Cesc dan Messi

"Saya sangat gembira kerana menyarung jersi Barca. Saya harap dalam mengharungi musim yang cemerlang dan membantu kelab itu memenangi semua trofi," kata Neymar selepas perlawanan yang disaksikan 55,000 penonton di Camp Nou, yang sebahagian besarnya adalah pelancong asing yang ternyata terhibur dengan persembahan Messi dan rakan sepaukan.

Ia merupakan perlawanan pertama Martino sebagai jurulatih Barca menggantikan Tito Vilanova yang menghidap kanser.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Harapan Tuah Guangzhou

GUANGZHOU - Mungkin ramai yang mempunyai persepsi China tidak pernah melayan Malaysia dengan 'mesra' dalam mana-mana kejohanan badminton, namun jurulatih perseorangan kebangsaan, Tey Seu Bock percaya Guangzhou sering menjadi gelanggang bertuah buat pemain negara.
Enam tahun lalu, Wong Mew Choo melakar sejarah apabila muncul juara perseorangan wanita Terbuka China di Gimnasium Tianhe, gelanggang yang bakal menyaksikan suaminya, Datuk Lee Chong Wei memburu kejuaraan dunia buat kali pertama tahun ini.

Pada 2002, Seu Bock membawa Wong Choong Hann menjuarai gelaran perseorangan lelaki di tempat yang sama, sebelum membantu pemain itu muncul naib juara pada tahun berikutnya.
Malah, di venue yang sama juga, Malaysia pernah mengejutkan China 3-1 pada separuh akhir Piala Thomas 2002, sebelum kita akhirnya kalah 2-3 kepada Indonesia dalam perebutan gelaran.

Walaupun Gimnasium Tianhe tidak menghadiahkan pingat emas buat badminton pada Sukan Asia 2010, namun Chong Wei dan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong masing-masing berjaya melangkah ke final untuk membawa pulang perak.

"Mungkin ramai yang melihat China sebagai gelanggang yang amat sukar untuk ditawan oleh pemain Malaysia setiap kali mereka menjadi tuan rumah kejohanan utama, tetapi detik hati saya berkata, Guangzhou adalah berbeza dan mampu menjadi gelanggang bertuah buat Malaysia.
"Saya masih ingat bagaimana saya membantu Choong Hann muncul juara Terbuka China pada 2002, malah Mew Choo juga melakar sejarah badminton negara dengan merangkul kejuaraan perseorangan wanita di sini.

"Saya tidak percaya kepada psikologi atau apa saja 'perang' yang dikatakan cuba dilakukan oleh China terhadap pemain kita, pada saya.. mereka (pemain Malaysia) menerima keadaan di sini dengan baik dan semua berjalan bagus," kata Seu Bock ketika ditemui pada sesi latihan pertama skuad badminton negara di gelanggang pertandingan di sini, semalam.

Semalam, hari pertama latihan Malaysia di Gimnasium Tianhe bermula dengan kurang menggembirakan, apabila kita mengalami kekurangan gelanggang latihan kerana tiga gelanggang terpaksa dikongsi bersama 22 pemain.

Begitupun, keadaan menjadi bertambah baik tidak sampai setengah jam selepas pemain-pemain negara memulakan latihan kerana jurulatih berjaya mengatur sesi latihan selama satu jam setengah dengan cukup baik, sekali gus memberi peluang kepada semua pemain menguji gelanggang dengan secukupnya.

"Saya tidak pernah muncul juara di gelanggang ini, pencapaian terbaik saya selama ini sekadar final (naib juara Terbuka China 2007 dan Sukan Asia 2010), jadi saya harap saya dapat memenuhi impian saya untuk bergelar juara dunia di sini, kali ini," ujar Chong Wei.
Chong Wei akan menentang Scott Evans dari Ireland pada pusingan pertama, esok sebelum berehat pada Selasa dan hanya kembali ke gelanggang pada Rabu untuk berdepan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Home

Memaparkan isu-isu semasa tentang perkembangan terkini atlet-atlet antarabangsa mahupun di luar negara.


             
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...